Tuesday, 24 March 2015

RESEPI - Oreo cheese cup



Assalamualaikum..


Haaa.. Harini nak tulis pasal resepi pulak. Resepi apa? Resepi cupcake! Cupcake oreo cheese.... Em.. Nama pun da sedap! Cupcake nie biasa makan sebagai dessert, tak kira la kat rumah ke, kenduri ke. Untuk jual jual pun boleh! Mesti laku punyaa. Tak caya? Meh try :)

BAHAN2:
250g Cream Cheese
3 sb Susu Pekat
1 tin (170g) Nestle Cream
3 sb Horlicks
3 sb Susu Fresh
1 bungkus Biskut Oreo
Nestum & Kacang Pecan - utk tabur
25g Serbuk Koko
30g Butter
1/2 cwn Susu Pekat

CARA2:
1. Untuk membuat chocolate ganache:
Masukkan tiga bahan2 yg terakhir di atas ke dlm periuk & masak dgn api kecil sehingga larut.
2. Pukul cream cheese, susu pekat, cream, horlicks & susu sehingga sebati.
3. Masukkan seketul biskut oreo ke dalam setiap bekas cawan plastik.
Sudukan adunan cream cheese ke atas biskut sehingga separuh penuh.
Sudukan pula chocolate ganache, taburan nestum & kacang pecan.
4. Sejukkan semalaman.

Tadaaaa siap!! Tinggal satu step je lagi. ---Sejukkan semalaman. Besok tu, boleh makan dah! Selamat mencuba!  ;)

# Cupcake nie manis tau, kalori tinggi. Sebab tu letak dalam bekas kecil :)

p/s : siapa yang dah cuba tu, share share la experience ye?

xoxo,
kawan baik awak :)


Monday, 23 March 2015

TIPS KECANTIKAN - Cara artis korea jaga kecantikan !

1. Jaga Kesihatan
Pelakon drama popular My Love From The Star,  Yoo In Na yang kini juga hos rancangan kecantikan percaya sekiranya badan seseorang itu sihat, secara tidak langsung kulit juga akan sihat dan berseri-seri. Bersenam menggalakkan peredaran darah dan membuat kita berpeluh untuk membuang toksin dalam tubuh.

2. Rehatkan Wajah
Bagi aktres Ha Ji Won, oleh kerana sering bersolek ketika berlakon, dia memastikan wajahnya bebas dari solekan dan dibiarkan “bernafas” sebanyak mungkin. Bintang Secret Garden ini juga dikatakan gemar makan buah-buahan yang kaya dengan vitamin.

3. Air Air Air
Tidak hairanlah petua minum air menjadi pilihan Lee Na Young, Jun Ji Hyun, Yoo In Na dan Song Hye Kyo untuk sentiasa tampak berseri-seri. Sebaiknya elakkan minum air manis dan juga minuman bergas.

4. Pupur Wajah
Jenama kecantikan Korea cukup popular dengan pelbagai jenis pupur wajah atau mask dan ini telah menjadi sebahagian rutin kecantikan hampir setiap wanita di sana. Bintang drama All About My Romance, Lee Min Jung juga tidak ketinggalan dengan menggunakannya dan turut berkongsi rahsia kecantikannya adalah dengan ketawa yang akan terserlah pada wajah jika kita gembira.

5. Lapisan Pelembap
Mungkin kerana cuaca empat musim mereka, pelakon Marry Him If You Dare, Yoo Eun Hye mengamalkan pemakaian krim pelembap tiga kali lebih dari yang dicadangkan sebelum tidur. Park Shin Hye yang popular dengan drama The Inheritors juga gemar gunakan pelembap tetapi bukan yang berasaskan minyak kerana solekan selalunya mengandungi asas minyak.

6. Remedi Semulajadi
Aktres That Winter The Wind Blows, Song Hye Kyo gemar menggunakan campuran telur putih dengan madu asli sebagai pupur. Sapu campuran pada seluruh wajah, bersihkan dengan air setelah kering. Anda juga boleh gunakan madu untuk mencerahkan kulit wajah dengan rutin dua kali seminggu, dalam gerakan mengurut wajah dengan campuran satu bahagian madu dan dua bahagian air. Aktres ini juga dikatakan menggunakan ketulan ais untuk mengurut wajah untuk anjalkan kulit.

7. Minum Susu
Rutin sebelum tidur Yoo Eun Hye dan juga bintang The Moon Embracing The Sun, Han Ga In adalah memastikan mereka minum susu panas untuk dapatkan tidur yang lena sepanjang malam. Seperti yang kita tahu, tidur yang cukup sepanjang malam adalah kunci kepada kulit yang sihat serta wajah yang segar keesokan harinya.

8. Semburan Wajah
Kini hangat dengan lakonannya dalam drama Emergency Couple, Song Ji Hyo sering membawa face mist ke mana saja dia pergi. Tambahan pula bila terbabit dalam produksi Running Man, aktres kecil molek ini memastikan wajahnya punyai penghidratan secukupnya.

9. Elak Sentuh Wajah
Jelitawan seperti Kim Tae Hee, bintang drama Jang Ok Jung, percaya amalan tidak menyentuh wajah untuk mengelak kedutan. Katanya, dia hanya membilas (splash) dengan air pada wajah ketika membersih muka tanpa menyentuhnya.

10. Elak Kudapan
Yoo In Na mengamalkan cara pemakanan sihat dengan tidak mengambil sebarang kudapan lewat malam. Selain itu dia juga tidak mengambil nasi putih dan lebih gemar menggantikannya dengan sayur kobis yang disukainya.

Jangan lupa amalkan !
xoxo,
kawan baik awak :)

Sunday, 22 March 2015

TIPS - Cara tambah followers di blog

Banyak orang tertanya-tanya macam mana nak menambahkan bilangan follower dengan cepat dan mudah especially blogger baru. Aku pun tengah usaha jugak nak tambah follower ni. So, buat la sikit research and i came up with a conclusion.

1. Buat contest Buat contest seperti Segmen : Sape Nak Tambah Follower. Sape yang nak masuk contest tu kena join blog penganjur dulu. Hadiah yang ditawarkan mesti gempak nak tarik ramai orang. Kejap je korang dah boleh capai jumlah follower 1k.


2. Join contest Mana-mana blogger yang ada buat contest/GA, rajin-rajin la join. Korang boleh berkenalan dengan blogger lain disamping naikkan trafik blog.


3. Join group Blogger FacebookPing entri korang di Kelab Blogger, Blogger Zone, Blogger Ping dan sebagainya. Tengok senarai disini :Group Blogger Facebook


4.Join group Laman Web Komuniti Blogger Bagi yang masih baru buat blog boleh daftar ke Apesal.com, Oh!Belog.com, GuaBlog.com, Busuk.org, Blogr.my serta Blogged.my yang mana ini diantara platform blogging terbaik. 


5. BlogwalkingAda masa terjah la blog orang lain. Tinggal jejak di shoutbox. Tapi tinggal komen lebih berkesan kerana komen korang menarik perhatian penulis. Memberi komen juga membolehkan link blog korang terpapar di ruang komen bagi yang memasang CommentLuv dan korang berpeluang dapat do-follow backlink percuma (bagi yang dah tukar status blog dari nofollow kepada dofollow seperti blog aku ni) 


6. Elak guna ayat 'You Follow I Follow'Nampak sangat tak ikhlas dan memaksa. Contohnya : 'Saya dah follow blog awak..follow saya balik' atau'Awak follow saya, baru saya follow awak'. 


7. Selalu guna ayat manisKorang suka dipuji kan? So, puji blog orang lain untuk follow blog korang. Contohnya : 'Wah..doodles blog awak cantik la..saya follow kat sini ye :)' atau 'nice entri bro..sudi singgah la blog saya'.


8. Letak gambar cantik dan hensemMemang lumrah manusia suka pada yang cantik dan hensem. So, edit-edit la gambar korang ye :). Tapi aku tak kisah, kalau blog tu berinfo, join je.


9. Elakkan letak gambar awek/pakweRasanya blogger yang berstatus single ramai orang berminat nak follow. So, kurangkan letak gambar gf/bf korang ye.


P/S : Sesape yang baca entri ni, korang adalah blogger yang baik dan hensem dan comel. Jom join blog ni :) HIKHIKK


xoxo,
kawan baik awak :)

Saturday, 21 March 2015

TIPS - Doa senjata umat islam

Assalamualaikum...


Haaa. Nak dekat final dah nie. Kurang dua minggu lagi. Takut, gelisah, gementar semua ada. Makan pun tak senang. Dengan tak boleh tidurnya lagi, haish.. Study? Baca apa pun, semua rasa tak kena.

NAK BALIK! T_T  Homesick :'D


Takpe takpe. Sabar tu kan indah :) Berapa hari je lagi... Minggu depan nak balik lah. Yeayyyy! Lepastu, siap siap lah menghadap final ><'



Sini, ana nak share doa-doa yang boleh diamalkan sebagai persediaan untuk mengahadapi peperiksaan. Tak kira lah, final exam ke, upsr ke, spm ke, semua boleh :) 





Doa Memulakan Ulangkaji
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.
Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.” -

Doa Selepas Mengulangkaji
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ
Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”

Doa Pada Hari Peperiksaan: Berdoalah dengan doa-doa berikut pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung…mudah-mudahan mendapat hikmah daripada Allah Taala :

1. Ketika Memasuki Dewan Peperiksaan:
وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا
Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

2. Ketika Menerima Kertas Soalan
:قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

3. Ketika Sukar Menjawab
ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.
Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

4. Atau:
اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.
Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

5. Jika Terlupa Jawapan
:اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.
Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku

Mudah-mudahan Allah akan memakbulkan doa yang lahir dari hati yang ikhlas dan suci murni. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari hambanya.



Selain daripada inisiatif kat atas, ibu bapa pun mestilah ambil tindakan jugak. Doa ibu bapa tu sangat mujarab, dan senang dimakbulkan Allah. 
Tak salahkan kalau kita mencuba? Bittaufiq wa najjah. Do your very best. Usaha sudah, ikhtiar pun dah. Sekarang, cums perlu tawakkal dan banyakkan doa. Moga mendapat kejayaan, In Sha Allah.

Moga bermanfaat. Assalamualaikum.

xoxo,
kawan baik awak :)

Jiko Shoukai

Assalamualaikum.

       Doumo. Hajime mashite. Ogenki desuka? Watashiwa Alifah Ilyana desu. Negeri Sembilan kara kimashita.  >.<

       Hihi. Hai! Salam perkenalan. Apa khabar? Nama saya Alifah Ilyana. Saya berasal dari Negeri Sembilan.


       Saja nak praktikkan bahasa jepun yang pernah belajar dulu . (konon) Haha. Entah betul entah tidak  xD



My first attempt in blogging. Nak cerita pasal diri sendiri, apa pun tak tahu. Awkward skit  ><'


Lawyer to be - In Sha Allah
     
      'DIPACian'.


Douzo yoroshiku onegaishimasu :D
Sila beri tunjuk ajar.
  
      Will update more later :) 

xoxo,
kawan baik awak :)