Saturday, 21 March 2015

TIPS - Doa senjata umat islam

Assalamualaikum...


Haaa. Nak dekat final dah nie. Kurang dua minggu lagi. Takut, gelisah, gementar semua ada. Makan pun tak senang. Dengan tak boleh tidurnya lagi, haish.. Study? Baca apa pun, semua rasa tak kena.

NAK BALIK! T_T  Homesick :'D


Takpe takpe. Sabar tu kan indah :) Berapa hari je lagi... Minggu depan nak balik lah. Yeayyyy! Lepastu, siap siap lah menghadap final ><'



Sini, ana nak share doa-doa yang boleh diamalkan sebagai persediaan untuk mengahadapi peperiksaan. Tak kira lah, final exam ke, upsr ke, spm ke, semua boleh :) 





Doa Memulakan Ulangkaji
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.
Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.” -

Doa Selepas Mengulangkaji
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ
Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”

Doa Pada Hari Peperiksaan: Berdoalah dengan doa-doa berikut pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung…mudah-mudahan mendapat hikmah daripada Allah Taala :

1. Ketika Memasuki Dewan Peperiksaan:
وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا
Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

2. Ketika Menerima Kertas Soalan
:قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

3. Ketika Sukar Menjawab
ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.
Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

4. Atau:
اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.
Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

5. Jika Terlupa Jawapan
:اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.
Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku

Mudah-mudahan Allah akan memakbulkan doa yang lahir dari hati yang ikhlas dan suci murni. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari hambanya.



Selain daripada inisiatif kat atas, ibu bapa pun mestilah ambil tindakan jugak. Doa ibu bapa tu sangat mujarab, dan senang dimakbulkan Allah. 
Tak salahkan kalau kita mencuba? Bittaufiq wa najjah. Do your very best. Usaha sudah, ikhtiar pun dah. Sekarang, cums perlu tawakkal dan banyakkan doa. Moga mendapat kejayaan, In Sha Allah.

Moga bermanfaat. Assalamualaikum.

xoxo,
kawan baik awak :)

No comments:

Post a Comment